Wednesday 12 October 2011

Blog Info : Gambar Di Hari Yom Kippur Agama Yahudi (10 Gambar)

Yom Kippur berkait rapat dengan perang Yom Kippur pada tahun 1973 dahulu. Namun, Yom Kippur juga sebenarnya ialah hari suci bagi penganut agama Yahudi. Ianya berlaku pada bulan Tishrei, 10 hari selepas Rosh Hashanah iaitu tahun baru bagi orang Yahudi. Yom Kippur bermaksud "hari meminta kemaafan". Ramai percaya, pada hari Rosh Hashanah tuhan menulis takdir setiap manusia didunia ini. Pada hari Yom Kippur, takdir untuk tahun hadapan akan disiapkan. Jika seseorang mahu mengubah takdir yang ditulis untuk dirinya, dia perlu berpuasa dan beribadat pada hari Yom Kippur. Selain berpuasa, seseorang itu dilarang mandi, memakai minyak wangi, memakai barangan kulit dan bersetubuh. Pada hari Yom Kippur, orang Yahudi yang alim akan sembahyang sebanyak 5 kali, bukannya 3 kali seperti hari-hari biasa. Ketika Yom Kippur juga terdapat beberapa teknik untuk seorang Yahudi itu, boleh menghilangkan dosanya. Ada yang melakukan ibadah Tashlikh. Beberapa potong ayat dari Taurat dibaca dan kemudian dosa akan dicampakkan kedalam air sebagai simbolik menyucikan diri dari dosa tahun lalu. Dalam gambar dibawah boleh dilihat kolam membuang dosa dan orang Yahudi membaca ayat dari Book of Micah (Old Testament). Ada juga ibadah Kaparot dimana ayam putih atau beg berisi duit dipusingkan diatas kepala sebanyak 3 kali bagi memindahkan dosa kedalamnya. Seekor ayam, kemudian dikorbankan dan disedekah kepada fakir miskin. Begitu juga dengan wang tunai mereka. Ada juga melakukan upacara Malkot, dimana seorang Yahudi mengaku kesalahannya kepada seorang Rabbi. 3 upacara dan amalan ini berbeza mengikut Mazhab yang dianuti seseorang. Ada Rabbi kata Malkot tak Kosher. Ada Rabbi kata Kaparot dan Tashlikh khurafat. Dan dengan segala upacara tersebut, mereka semua berharap Tuhan Yahweh akan merubah buku nasib mereka yang ditulis ketika Rosh Hashanah.


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Blog Edisi Khas | Blog Pelik | Blog Jenaka | Blog Berita | Design by Wak Studio™ Host by Opss Media™