Tuesday, 11 October 2011

Blog Kejam : Gambar Upacara Korban Haiwan Di Nepal

Entri kali ini adalah kejam, jangan lihat dan baca sekiranya anda lemah semangat...

Desain ialah pesta selama 15 hari yang diraikan oleh penganut Hindu di Nepal, bagi menghargai Dewi Durga. Mengikut kepercayaan mereka, perayaan ini bermula bagi meraikan kemenangan Dewa dan Dewi mengalahkan Ravana si Raja Setan. Dewa Ram berjaya mengalahkan Ravana setelah mendapat restu dari Dewi Durga. Beribu-ribu haiwan dikorbankan atas nama Dewi Durga sepanjang tempoh pesta. Sekiranya anda membawa seekor haiwan untuk di korban, adalah dipercayai anda juga akan direstui Dewi Durga.

Semua ini berkait rapat dengan agama masing-masing, namun pemahaman dan perlaksanaannya sahaja yang berbeza. Dalam islam, korban lebih menjurus kepada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Dalam Judaism dan Kristian pula, korban di kaitkan dengan cerita Abraham dan Isaac. Habil dan Qabil anak kepada Nabi Adam juga disuruh melakukan korban seekor haiwan. Jadi, setiap agama mempunyai pendapat dan pemahaman masing-masing. Kita sebagai ummat Islam perlu menghormati mereka dan jangan sesekali menghina perbuatan mereka. Berikut beberapa gambar di upacara korban di Nepal.



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Blog Edisi Khas | Blog Pelik | Blog Jenaka | Blog Berita | Design by Wak Studio™ Host by Opss Media™