Monday 31 October 2011

Blog Menarik : Jam Tangan Berharga Hampir 0.5 Juta

Berikut adalah UR-110 ZrN dan UR-110, 2 jenis jam dari syarikat pengeluar jam mewah URWERK yang terletaknya di Switzerland. Urwerk terkenal dengan rekaan jam yang luar biasa dalam jumlah yang kecil. Dalam kes 110 dan 110 ZrN, hanya 12 pasang jam akan dihasilkan. Jam ini mempunyai sistem paparan masa yang unik, meter servis jam juga ada dimana meter tersebut akan memberitahu bila ia perlu diservis bagi memastikan perkhidmatannya kepada tuannya berjalan dengan lancar. Untuk model 110 ZrN , Zirconium Nitrat digunakan pada permukaan penutup atas jam. Zirkonium Nitrat ialah bahan yang tahan calar dan selalunya digunakan pada permukaan alatan industri bagi mengurangkan kerosakan pada permukaan mereka. Harga yang di tawarkan sekitar USD 135 000 bersamaan RM 423 000 sebuah.


Sunday 30 October 2011

Blog Info : Pencapaian Steve Jobs Sepanjang Hidupnya Brmula 1955






Kredit Visual

Friday 28 October 2011

Blog Seni : Patung Osama Bin Laden Versi Realistik Di Jual

Syarikat BBK telah mengeluarkan model berskala 1:6  watak Osama bin Laden. Patung aksi mirip Osama ini diberima nama "Afghanistan Mujahideen" dan didatangi dengan selaras senapang raifel automatik AKS-47 yang cukup sinonim dengan watak sebenarnya. Khabarnya dijual dengan harga USD30 sebuah. Sekiranya anda inginkan, beli secara online di XL-Shop.com.


Blog Info : Mengenai Kanser Mulut Dan Seks Oral


Thursday 13 October 2011

Blog Cool : Topeng Seakan-akan Benar (9 Gambar)


Syarikat REAL-F di Jepun menawarkan perkhidmatan membuat topeng wajah anda dalam versi realistik. Topeng yang diperbuat dari resin Vinil Klorida ini sungguh realistik kerana ianya replika tepat wajah seseorang yang diimbas menggunakan teknologi 3DPF(3D Photo Face) ciptaan mereka. Harga sebuah topeng ialah USD3900.

Wednesday 12 October 2011

Blog Fashion : Rekaan Pelik Alexander McQueen Dari Paris (10 Gambar)

Insan yang berumur 18 tahun kebawah di harap tidak membaca entri ini, ini kerana mempunyai gambar berunsur 18 sx pada gambar ke-3.

Blog Seni : Adastra, Kapal Kalis Peluru Termewah (16 Gambar)

Adastra adalah sejenis kapal berbadan tiga yang mewah dan direka khas oleh John Shuttleworth Yacht Designs dari England. Kini sedang dalam proses binaan di China dengan hampir keseluruhan bahannya ialah gentian kelvar dan gentian kaca. Gentian kelvar ialah bahan kalis peluru di mana ia di gunakan hampir sepenuhnya dalam pembinaan kapal ini. Bahagian atas dek pula dibina dengan gentian kaca dan honeycomb nomex bagi membuatkannya tahan api apabila berlakunya kebakaran. Adastra sepanjang 140 kaki dan mampu bergerak pada kelajuan 22 batu nautika ini, mempunyai satu enjin utama 1500 HP dan 2 enjin kecil pada outriggers ditepi kapal bagi memberikan kawalan yang lebih jitu. Jom usha kapal yang berharga berbilion ringgit ini.



 
© Copyright 2011 Blog Edisi Khas | Blog Pelik | Blog Jenaka | Blog Berita | Design by Wak Studio™ Host by Opss Media™