
Showing posts with label Blog Info. Show all posts
Showing posts with label Blog Info. Show all posts
Monday, 31 October 2011
Blog Menarik : Jam Tangan Berharga Hampir 0.5 Juta
Berikut adalah UR-110 ZrN dan UR-110, 2 jenis jam dari syarikat pengeluar jam mewah URWERK yang terletaknya di Switzerland. Urwerk terkenal dengan rekaan jam yang luar biasa dalam jumlah yang kecil. Dalam kes 110 dan 110 ZrN, hanya 12 pasang jam akan dihasilkan. Jam ini mempunyai sistem paparan masa yang unik, meter servis jam juga ada dimana meter tersebut akan memberitahu bila ia perlu diservis bagi memastikan perkhidmatannya kepada tuannya berjalan dengan lancar. Untuk model 110 ZrN , Zirconium Nitrat digunakan pada permukaan penutup atas jam. Zirkonium Nitrat ialah bahan yang tahan calar dan selalunya digunakan pada permukaan alatan industri bagi mengurangkan kerosakan pada permukaan mereka. Harga yang di tawarkan sekitar USD 135 000 bersamaan RM 423 000 sebuah.

Sunday, 30 October 2011
Blog Info : Pencapaian Steve Jobs Sepanjang Hidupnya Brmula 1955
Friday, 28 October 2011
Wednesday, 12 October 2011
Blog Info : Sejarah Perubahan Sebuah Penyimpan Data (21 Gambar)
Tahukah anda sejarah perubahan sebuah peranti Penyimpan Data Digital / Hard Disk / Cakera Keras / Sim Card / Ram dan sebagainya ? Ia hanya bermula dengan sekeping kertas tebuk dan berubah menjadi alat yang canggih dan sehingga kini dapat menyimpan pelbagai data sehingga tahap paling maksimum yang mungkin. Jom lihat gambar di bawah untuk mengikuti perubahan alat peranti yang amat berguna untuk kita.
Blog Info : Gambar Di Hari Yom Kippur Agama Yahudi (10 Gambar)
Yom Kippur berkait rapat dengan perang Yom Kippur pada tahun 1973 dahulu. Namun, Yom Kippur juga sebenarnya ialah hari suci bagi penganut agama Yahudi. Ianya berlaku pada bulan Tishrei, 10 hari selepas Rosh Hashanah iaitu tahun baru bagi orang Yahudi. Yom Kippur bermaksud "hari meminta kemaafan". Ramai percaya, pada hari Rosh Hashanah tuhan menulis takdir setiap manusia didunia ini. Pada hari Yom Kippur, takdir untuk tahun hadapan akan disiapkan. Jika seseorang mahu mengubah takdir yang ditulis untuk dirinya, dia perlu berpuasa dan beribadat pada hari Yom Kippur. Selain berpuasa, seseorang itu dilarang mandi, memakai minyak wangi, memakai barangan kulit dan bersetubuh. Pada hari Yom Kippur, orang Yahudi yang alim akan sembahyang sebanyak 5 kali, bukannya 3 kali seperti hari-hari biasa. Ketika Yom Kippur juga terdapat beberapa teknik untuk seorang Yahudi itu, boleh menghilangkan dosanya. Ada yang melakukan ibadah Tashlikh. Beberapa potong ayat dari Taurat dibaca dan kemudian dosa akan dicampakkan kedalam air sebagai simbolik menyucikan diri dari dosa tahun lalu. Dalam gambar dibawah boleh dilihat kolam membuang dosa dan orang Yahudi membaca ayat dari Book of Micah (Old Testament). Ada juga ibadah Kaparot dimana ayam putih atau beg berisi duit dipusingkan diatas kepala sebanyak 3 kali bagi memindahkan dosa kedalamnya. Seekor ayam, kemudian dikorbankan dan disedekah kepada fakir miskin. Begitu juga dengan wang tunai mereka. Ada juga melakukan upacara Malkot, dimana seorang Yahudi mengaku kesalahannya kepada seorang Rabbi. 3 upacara dan amalan ini berbeza mengikut Mazhab yang dianuti seseorang. Ada Rabbi kata Malkot tak Kosher. Ada Rabbi kata Kaparot dan Tashlikh khurafat. Dan dengan segala upacara tersebut, mereka semua berharap Tuhan Yahweh akan merubah buku nasib mereka yang ditulis ketika Rosh Hashanah.
Blog Seni : Illusi International Airport Kuwait (12 Gambar)
Gambar selepas anda membaca entri ini ialah, rekaan lapangan terbang antarabangsa terbaru Kuwait yang bakal dibina tidak lama lagi. Ianya rekaan Firma Foster and Partners yang pernah mereka kampus terbaru Apple berbentuk UFO dan Universiti Teknologi Petronas. Bangunan tersebut di lihat lebih banyak menggunakan ruang terbuka dan kedudukan bumbung yang tinggi. Lapangan terbang ini bakal menjadi lapangan terbang paling mesra alam dengan pensijilan tahap emas LEED. Bahagian bumbungnya mempunyai lubang terbuka yang memberikan pencahayaan semula jadi diwaktu siang. Ini menjimatkan penggunaan lampu. Bumbungnya juga diletakkan panel photovoltaic yang dapat menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan bangunan tersebut. Dua rekaan terminal berbentuk tiga segi ini, mampu menampung sebanyak 13, 000 000 penumpang setahun. Jom tengok illusinya di bawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





