Monday 31 October 2011

Blog Menarik : Jam Tangan Berharga Hampir 0.5 Juta

Berikut adalah UR-110 ZrN dan UR-110, 2 jenis jam dari syarikat pengeluar jam mewah URWERK yang terletaknya di Switzerland. Urwerk terkenal dengan rekaan jam yang luar biasa dalam jumlah yang kecil. Dalam kes 110 dan 110 ZrN, hanya 12 pasang jam akan dihasilkan. Jam ini mempunyai sistem paparan masa yang unik, meter servis jam juga ada dimana meter tersebut akan memberitahu bila ia perlu diservis bagi memastikan perkhidmatannya kepada tuannya berjalan dengan lancar. Untuk model 110 ZrN , Zirconium Nitrat digunakan pada permukaan penutup atas jam. Zirkonium Nitrat ialah bahan yang tahan calar dan selalunya digunakan pada permukaan alatan industri bagi mengurangkan kerosakan pada permukaan mereka. Harga yang di tawarkan sekitar USD 135 000 bersamaan RM 423 000 sebuah.



Kredit Gizmag
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Blog Edisi Khas | Blog Pelik | Blog Jenaka | Blog Berita | Design by Wak Studio™ Host by Opss Media™