Showing posts with label Blog Cool. Show all posts
Showing posts with label Blog Cool. Show all posts
Monday, 31 October 2011
Blog Menarik : Jam Tangan Berharga Hampir 0.5 Juta
Berikut adalah UR-110 ZrN dan UR-110, 2 jenis jam dari syarikat pengeluar jam mewah URWERK yang terletaknya di Switzerland. Urwerk terkenal dengan rekaan jam yang luar biasa dalam jumlah yang kecil. Dalam kes 110 dan 110 ZrN, hanya 12 pasang jam akan dihasilkan. Jam ini mempunyai sistem paparan masa yang unik, meter servis jam juga ada dimana meter tersebut akan memberitahu bila ia perlu diservis bagi memastikan perkhidmatannya kepada tuannya berjalan dengan lancar. Untuk model 110 ZrN , Zirconium Nitrat digunakan pada permukaan penutup atas jam. Zirkonium Nitrat ialah bahan yang tahan calar dan selalunya digunakan pada permukaan alatan industri bagi mengurangkan kerosakan pada permukaan mereka. Harga yang di tawarkan sekitar USD 135 000 bersamaan RM 423 000 sebuah.

Thursday, 13 October 2011
Blog Cool : Topeng Seakan-akan Benar (9 Gambar)
Syarikat REAL-F di Jepun menawarkan perkhidmatan membuat topeng wajah anda dalam versi realistik. Topeng yang diperbuat dari resin Vinil Klorida ini sungguh realistik kerana ianya replika tepat wajah seseorang yang diimbas menggunakan teknologi 3DPF(3D Photo Face) ciptaan mereka. Harga sebuah topeng ialah USD3900.
Wednesday, 12 October 2011
Blog Hebat : Pelagak Ngeri Wanita Di New Delhi (12 Gambar)
Anda pasti teruja apabila sampai di Fun Fair Ramlila yang kini berada di New Delhi. Didalam Fun Fair ini terdapat sebuah attraction yang dipanggil 'Perigi Maut'. Apa yang menarik ialah, dalam perigi maut ini, kebanyakkannya adalah pelagak ngerinya yang terdiri dari kaum wanita. Jom lihat aksi menempah maut mereka.

Blog Info : Sejarah Perubahan Sebuah Penyimpan Data (21 Gambar)
Tahukah anda sejarah perubahan sebuah peranti Penyimpan Data Digital / Hard Disk / Cakera Keras / Sim Card / Ram dan sebagainya ? Ia hanya bermula dengan sekeping kertas tebuk dan berubah menjadi alat yang canggih dan sehingga kini dapat menyimpan pelbagai data sehingga tahap paling maksimum yang mungkin. Jom lihat gambar di bawah untuk mengikuti perubahan alat peranti yang amat berguna untuk kita.
Blog Seni : Illusi International Airport Kuwait (12 Gambar)
Gambar selepas anda membaca entri ini ialah, rekaan lapangan terbang antarabangsa terbaru Kuwait yang bakal dibina tidak lama lagi. Ianya rekaan Firma Foster and Partners yang pernah mereka kampus terbaru Apple berbentuk UFO dan Universiti Teknologi Petronas. Bangunan tersebut di lihat lebih banyak menggunakan ruang terbuka dan kedudukan bumbung yang tinggi. Lapangan terbang ini bakal menjadi lapangan terbang paling mesra alam dengan pensijilan tahap emas LEED. Bahagian bumbungnya mempunyai lubang terbuka yang memberikan pencahayaan semula jadi diwaktu siang. Ini menjimatkan penggunaan lampu. Bumbungnya juga diletakkan panel photovoltaic yang dapat menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan bangunan tersebut. Dua rekaan terminal berbentuk tiga segi ini, mampu menampung sebanyak 13, 000 000 penumpang setahun. Jom tengok illusinya di bawah.
Tuesday, 11 October 2011
Blog Kejam : Gambar Upacara Korban Haiwan Di Nepal
Entri kali ini adalah kejam, jangan lihat dan baca sekiranya anda lemah semangat...
Desain ialah pesta selama 15 hari yang diraikan oleh penganut Hindu di Nepal, bagi menghargai Dewi Durga. Mengikut kepercayaan mereka, perayaan ini bermula bagi meraikan kemenangan Dewa dan Dewi mengalahkan Ravana si Raja Setan. Dewa Ram berjaya mengalahkan Ravana setelah mendapat restu dari Dewi Durga. Beribu-ribu haiwan dikorbankan atas nama Dewi Durga sepanjang tempoh pesta. Sekiranya anda membawa seekor haiwan untuk di korban, adalah dipercayai anda juga akan direstui Dewi Durga.
Semua ini berkait rapat dengan agama masing-masing, namun pemahaman dan perlaksanaannya sahaja yang berbeza. Dalam islam, korban lebih menjurus kepada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Dalam Judaism dan Kristian pula, korban di kaitkan dengan cerita Abraham dan Isaac. Habil dan Qabil anak kepada Nabi Adam juga disuruh melakukan korban seekor haiwan. Jadi, setiap agama mempunyai pendapat dan pemahaman masing-masing. Kita sebagai ummat Islam perlu menghormati mereka dan jangan sesekali menghina perbuatan mereka. Berikut beberapa gambar di upacara korban di Nepal.

Blog Pelik : Gambar Kehidupan Kanak-Kanak Jelmaan Tuhan Di Nepal
Sambeg Shakya, 6, adalah seorang kanak-kanak lelaki yang dikatakan jelmaan tuhan Ganesh dikalangan penganut Hindu di Nepal. Beliau kini hidup sebagai jelmaan tuhan, malah penganut agama Hindu Nepal akan berjumpanya untuk mendapatkan restu. Walaupun beliau seorang jelmaan tuhan, Sambeg masih ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Bezanya ialah dia di benarkan berpakaian fancy dan rakan sekelas melayan beliau seperti tuhan. Sambeg akan kekal menjadi seorang jelmaan tuhaan sehingga beliau baligh antara umur 12-13 tahun. Selepas itu, beliau tidak lagi menjadi jelmaan tuhan dan boleh kembali hidup seperti manusia biasa. Berikut gambar kehidupan Sambeg.
Monday, 22 August 2011
Blog Cool : Gambar Bilik Hotel Yang Cool (10 Gambar)

Blog Cool : Gambar Taman Mini 3D Di Paris (5 Gambar)

Blog Cool : Bina Rumah Guna Kontena (11 Gambar)
Menarik bukan kalau bina rumah guna kontena, boleh ubah mengikut cita rasa anda. Lagi menarik, ianya boleh di ubah menjadi bangunan yang besar. Jom tengok lagi gambar rumah kontena ini.
Labels:
Blog Cantik,
Blog Cool,
Blog Rumah,
Blog Rumah Kontena
Subscribe to:
Posts (Atom)