Monday, 31 October 2011
Blog Menarik : Jam Tangan Berharga Hampir 0.5 Juta
Berikut adalah UR-110 ZrN dan UR-110, 2 jenis jam dari syarikat pengeluar jam mewah URWERK yang terletaknya di Switzerland. Urwerk terkenal dengan rekaan jam yang luar biasa dalam jumlah yang kecil. Dalam kes 110 dan 110 ZrN, hanya 12 pasang jam akan dihasilkan. Jam ini mempunyai sistem paparan masa yang unik, meter servis jam juga ada dimana meter tersebut akan memberitahu bila ia perlu diservis bagi memastikan perkhidmatannya kepada tuannya berjalan dengan lancar. Untuk model 110 ZrN , Zirconium Nitrat digunakan pada permukaan penutup atas jam. Zirkonium Nitrat ialah bahan yang tahan calar dan selalunya digunakan pada permukaan alatan industri bagi mengurangkan kerosakan pada permukaan mereka. Harga yang di tawarkan sekitar USD 135 000 bersamaan RM 423 000 sebuah.
Sunday, 30 October 2011
Blog Info : Pencapaian Steve Jobs Sepanjang Hidupnya Brmula 1955
Friday, 28 October 2011
Blog Seni : Patung Osama Bin Laden Versi Realistik Di Jual
Syarikat BBK telah mengeluarkan model berskala 1:6 watak Osama bin Laden. Patung aksi mirip Osama ini diberima nama "Afghanistan Mujahideen" dan didatangi dengan selaras senapang raifel automatik AKS-47 yang cukup sinonim dengan watak sebenarnya. Khabarnya dijual dengan harga USD30 sebuah. Sekiranya anda inginkan, beli secara online di XL-Shop.com.
Thursday, 13 October 2011
Blog Cool : Topeng Seakan-akan Benar (9 Gambar)
Syarikat REAL-F di Jepun menawarkan perkhidmatan membuat topeng wajah anda dalam versi realistik. Topeng yang diperbuat dari resin Vinil Klorida ini sungguh realistik kerana ianya replika tepat wajah seseorang yang diimbas menggunakan teknologi 3DPF(3D Photo Face) ciptaan mereka. Harga sebuah topeng ialah USD3900.
Wednesday, 12 October 2011
Blog Fashion : Rekaan Pelik Alexander McQueen Dari Paris (10 Gambar)
Insan yang berumur 18 tahun kebawah di harap tidak membaca entri ini, ini kerana mempunyai gambar berunsur 18 sx pada gambar ke-3.
Blog Seni : Adastra, Kapal Kalis Peluru Termewah (16 Gambar)
Adastra adalah sejenis kapal berbadan tiga yang mewah dan direka khas oleh John Shuttleworth Yacht Designs dari England. Kini sedang dalam proses binaan di China dengan hampir keseluruhan bahannya ialah gentian kelvar dan gentian kaca. Gentian kelvar ialah bahan kalis peluru di mana ia di gunakan hampir sepenuhnya dalam pembinaan kapal ini. Bahagian atas dek pula dibina dengan gentian kaca dan honeycomb nomex bagi membuatkannya tahan api apabila berlakunya kebakaran. Adastra sepanjang 140 kaki dan mampu bergerak pada kelajuan 22 batu nautika ini, mempunyai satu enjin utama 1500 HP dan 2 enjin kecil pada outriggers ditepi kapal bagi memberikan kawalan yang lebih jitu. Jom usha kapal yang berharga berbilion ringgit ini.
Blog Hebat : Pelagak Ngeri Wanita Di New Delhi (12 Gambar)
Anda pasti teruja apabila sampai di Fun Fair Ramlila yang kini berada di New Delhi. Didalam Fun Fair ini terdapat sebuah attraction yang dipanggil 'Perigi Maut'. Apa yang menarik ialah, dalam perigi maut ini, kebanyakkannya adalah pelagak ngerinya yang terdiri dari kaum wanita. Jom lihat aksi menempah maut mereka.
Blog Seni : Gambar Senibina Moden Evelyn Grace Academy
Pernah tengok Evelyn Grace Academy yang terletak di Brixton,London tak ?? Untuk pengetahuan anda, ia merupakan kompleks sekolah moden yang direka khas oleh jurubina ternama iaitu Zaha Hadid yang mereka pelbagai senibina bangunan. Katanya ketika di temui, sekolah ini direka khas untuk menghasilkan suasana yang kondusif dan moden kepada pelajarnya. Jom usha gambar sekolah tersebut.
Blog Seni : Muzium Pelakon Terminator di Austria (12 Gambar)
Arnold Schwarzenegger sebelum ini telah merasmikan Muzium Schwarzenegger di Thal, Austria. Rumah dua tingkat dimana beliau dilahirkan dan dibesarkan itu, kini menjadi muzium memperingati beliau. Muzium ini dipenuhi dengan memoribilia seperti motosikal dari filem Terminator, meja yang digunakan ketika beliau governor dan juga dumbell yang digunakan beliau ketika menjadi Mr Universe. Menarik bukan, lihat gambarnya di bawah.
Blog Info : Sejarah Perubahan Sebuah Penyimpan Data (21 Gambar)
Tahukah anda sejarah perubahan sebuah peranti Penyimpan Data Digital / Hard Disk / Cakera Keras / Sim Card / Ram dan sebagainya ? Ia hanya bermula dengan sekeping kertas tebuk dan berubah menjadi alat yang canggih dan sehingga kini dapat menyimpan pelbagai data sehingga tahap paling maksimum yang mungkin. Jom lihat gambar di bawah untuk mengikuti perubahan alat peranti yang amat berguna untuk kita.
Blog Info : Gambar Di Hari Yom Kippur Agama Yahudi (10 Gambar)
Yom Kippur berkait rapat dengan perang Yom Kippur pada tahun 1973 dahulu. Namun, Yom Kippur juga sebenarnya ialah hari suci bagi penganut agama Yahudi. Ianya berlaku pada bulan Tishrei, 10 hari selepas Rosh Hashanah iaitu tahun baru bagi orang Yahudi. Yom Kippur bermaksud "hari meminta kemaafan". Ramai percaya, pada hari Rosh Hashanah tuhan menulis takdir setiap manusia didunia ini. Pada hari Yom Kippur, takdir untuk tahun hadapan akan disiapkan. Jika seseorang mahu mengubah takdir yang ditulis untuk dirinya, dia perlu berpuasa dan beribadat pada hari Yom Kippur. Selain berpuasa, seseorang itu dilarang mandi, memakai minyak wangi, memakai barangan kulit dan bersetubuh. Pada hari Yom Kippur, orang Yahudi yang alim akan sembahyang sebanyak 5 kali, bukannya 3 kali seperti hari-hari biasa. Ketika Yom Kippur juga terdapat beberapa teknik untuk seorang Yahudi itu, boleh menghilangkan dosanya. Ada yang melakukan ibadah Tashlikh. Beberapa potong ayat dari Taurat dibaca dan kemudian dosa akan dicampakkan kedalam air sebagai simbolik menyucikan diri dari dosa tahun lalu. Dalam gambar dibawah boleh dilihat kolam membuang dosa dan orang Yahudi membaca ayat dari Book of Micah (Old Testament). Ada juga ibadah Kaparot dimana ayam putih atau beg berisi duit dipusingkan diatas kepala sebanyak 3 kali bagi memindahkan dosa kedalamnya. Seekor ayam, kemudian dikorbankan dan disedekah kepada fakir miskin. Begitu juga dengan wang tunai mereka. Ada juga melakukan upacara Malkot, dimana seorang Yahudi mengaku kesalahannya kepada seorang Rabbi. 3 upacara dan amalan ini berbeza mengikut Mazhab yang dianuti seseorang. Ada Rabbi kata Malkot tak Kosher. Ada Rabbi kata Kaparot dan Tashlikh khurafat. Dan dengan segala upacara tersebut, mereka semua berharap Tuhan Yahweh akan merubah buku nasib mereka yang ditulis ketika Rosh Hashanah.
Blog Seni : Illusi International Airport Kuwait (12 Gambar)
Gambar selepas anda membaca entri ini ialah, rekaan lapangan terbang antarabangsa terbaru Kuwait yang bakal dibina tidak lama lagi. Ianya rekaan Firma Foster and Partners yang pernah mereka kampus terbaru Apple berbentuk UFO dan Universiti Teknologi Petronas. Bangunan tersebut di lihat lebih banyak menggunakan ruang terbuka dan kedudukan bumbung yang tinggi. Lapangan terbang ini bakal menjadi lapangan terbang paling mesra alam dengan pensijilan tahap emas LEED. Bahagian bumbungnya mempunyai lubang terbuka yang memberikan pencahayaan semula jadi diwaktu siang. Ini menjimatkan penggunaan lampu. Bumbungnya juga diletakkan panel photovoltaic yang dapat menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan bangunan tersebut. Dua rekaan terminal berbentuk tiga segi ini, mampu menampung sebanyak 13, 000 000 penumpang setahun. Jom tengok illusinya di bawah.
Tuesday, 11 October 2011
Blog Kejam : Gambar Upacara Korban Haiwan Di Nepal
Entri kali ini adalah kejam, jangan lihat dan baca sekiranya anda lemah semangat...
Desain ialah pesta selama 15 hari yang diraikan oleh penganut Hindu di Nepal, bagi menghargai Dewi Durga. Mengikut kepercayaan mereka, perayaan ini bermula bagi meraikan kemenangan Dewa dan Dewi mengalahkan Ravana si Raja Setan. Dewa Ram berjaya mengalahkan Ravana setelah mendapat restu dari Dewi Durga. Beribu-ribu haiwan dikorbankan atas nama Dewi Durga sepanjang tempoh pesta. Sekiranya anda membawa seekor haiwan untuk di korban, adalah dipercayai anda juga akan direstui Dewi Durga.
Semua ini berkait rapat dengan agama masing-masing, namun pemahaman dan perlaksanaannya sahaja yang berbeza. Dalam islam, korban lebih menjurus kepada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Dalam Judaism dan Kristian pula, korban di kaitkan dengan cerita Abraham dan Isaac. Habil dan Qabil anak kepada Nabi Adam juga disuruh melakukan korban seekor haiwan. Jadi, setiap agama mempunyai pendapat dan pemahaman masing-masing. Kita sebagai ummat Islam perlu menghormati mereka dan jangan sesekali menghina perbuatan mereka. Berikut beberapa gambar di upacara korban di Nepal.
Desain ialah pesta selama 15 hari yang diraikan oleh penganut Hindu di Nepal, bagi menghargai Dewi Durga. Mengikut kepercayaan mereka, perayaan ini bermula bagi meraikan kemenangan Dewa dan Dewi mengalahkan Ravana si Raja Setan. Dewa Ram berjaya mengalahkan Ravana setelah mendapat restu dari Dewi Durga. Beribu-ribu haiwan dikorbankan atas nama Dewi Durga sepanjang tempoh pesta. Sekiranya anda membawa seekor haiwan untuk di korban, adalah dipercayai anda juga akan direstui Dewi Durga.
Semua ini berkait rapat dengan agama masing-masing, namun pemahaman dan perlaksanaannya sahaja yang berbeza. Dalam islam, korban lebih menjurus kepada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Dalam Judaism dan Kristian pula, korban di kaitkan dengan cerita Abraham dan Isaac. Habil dan Qabil anak kepada Nabi Adam juga disuruh melakukan korban seekor haiwan. Jadi, setiap agama mempunyai pendapat dan pemahaman masing-masing. Kita sebagai ummat Islam perlu menghormati mereka dan jangan sesekali menghina perbuatan mereka. Berikut beberapa gambar di upacara korban di Nepal.
Blog Pelik : Gambar Kehidupan Kanak-Kanak Jelmaan Tuhan Di Nepal
Sambeg Shakya, 6, adalah seorang kanak-kanak lelaki yang dikatakan jelmaan tuhan Ganesh dikalangan penganut Hindu di Nepal. Beliau kini hidup sebagai jelmaan tuhan, malah penganut agama Hindu Nepal akan berjumpanya untuk mendapatkan restu. Walaupun beliau seorang jelmaan tuhan, Sambeg masih ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Bezanya ialah dia di benarkan berpakaian fancy dan rakan sekelas melayan beliau seperti tuhan. Sambeg akan kekal menjadi seorang jelmaan tuhaan sehingga beliau baligh antara umur 12-13 tahun. Selepas itu, beliau tidak lagi menjadi jelmaan tuhan dan boleh kembali hidup seperti manusia biasa. Berikut gambar kehidupan Sambeg.
Subscribe to:
Posts (Atom)